"Suami Kanser Usus & Glaukoma, Anak OKU Mental" Kisah Pemandu Grab Wanita 60an ini undang sebak.


Setiap kehidupan pasti ada dugaan dan cabaran yang tersendiri, yang membezakan cuma besar atau kecilnya masalah berkenaan. Hanya yang menanggung akan merasai peritnya dugaan itu, umpama pepatah berkata ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Itulah yang boleh disimpulkan kepada pemandu wanita ini.
Satu posting di facebook milik pengacara terkenal Fedtri Yahya mengundang sebak warganet. 

Menurutnya, wanita berkenaan berusia dalam lingkunan 60an bekerja sebagai pemandu Grab bagi menampung kehidupan. Lebih menyedihkan lagi, wanita di usia emas itu turut menjaga suami yang menghidap kanser usus dan glaukoma serta anak sulung beliau OKU mental.
Pengacara yang sinonim dengan rancangan Malaysia Hari Ini turut menambah 
Kalau ada yang mungkin nanti naik keretanya, hulurkan seikhlas bantuan tanda ummah bersaudara ( walau dia tidak meminta)...
Sama sama kita bantu, ringankan beban beliau.
Sumber: Fedtri Yahya

Post a Comment

0 Comments