“Saya sedih, marah dan terus aktifkan Twitter” - Reaksi Tunku Azizah selepas dikejut Puteri Afzan


KURANG 24 jam selepas mendedahkan punca baginda menyahaktifkan akaun Twitternya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Mainumah Iskandariah mengejutkan ramai pengguna media sosial itu pagi Sabtu.

Tunku Azizah akhirnya aktif kembali di Twitter.

Menerusi tweetnya pagi Sabtu, Tunku Azizah meluahkan rasa kecewa sebaik mengetahui polis menahan beberapa individu yang dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat di Twitter terhadap baginda baru-baru ini.

"Afzan (Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah) kejut saya tadi 
"mama polis tangkap 2 orang!" Saya sedih, marah dan terus aktifkan Twitter.



Antara tweet Tunku Azizah pagi Sabtu.

"Tidak ada niat saya supaya mereka itu ditangkap polis. Saya sendiri beritahu pihak istana untuk beritahu polis jangan ambil tindakan.

"Saya ulang lagi, saya deactived bukan kerana mereka," katanya.

Puteri Afzan ..... adalah salah seorang anakanda....
Jelas Tunku Azizah lagi, baginda menyahaktifkan Twitternya bukan kerana komen-komen negatif itu, sebaliknya disebabkan alasan peribadi.

"Namun hari ini saya amat sedih polis menahan individu-individu tersebut.



Tunku Azizah bersama Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Sejak bertahun-tahun, suami saya tidak pernah membuat sebarang laporan polis mengenai perkara buruk dikatakan terhadap kami... ini negara bebas," katanya.
Malah Tunku Azizah meminta orang ramai supaya bertenang.

"Chill people... like my daughters always tell me... Chill mama, whenever i'm upset.

"Walaupun selama ini saya dan suami dikeji, dituduh, dihentam dan dimaki hamun dalam cari.com. Kami berdua tidak pernah buat polis report.

"Dan saya tak pernah sedih malah ketawa bila baca... kerana Allah tahu saya siapa!” tulisnya.

Sumber: MSTAR

Post a Comment

0 Comments