Malaysia boleh dikatakan syurga makanan berikutan pelbagai makanan boleh didapati di Malaysia. Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia semestinya nasi lemak, roti canai, cendol dan banyak lagi.
Bagaimana jika kami katakan terdapat coklat yang menampilkan kombinasi makanan Malaysia? Betul, anda tidak salah lihat kerana KitKat telah melancarkan coklat berperisa unik iaitu roti canai dan kari, nasi lemak, kopi dan kaya, dan juga cendol durian.

SUMBER: KITKAT MALAYSIA

SUMBER: KITKAT MALAYSIA

SUMBER: KITKAT MALAYSIA
Pengenalan KitKat berperisa baharu ini adalah sempena dengan Hari Malaysia yang bakal tiba dan juga meraikan ulang tahun ketiga kedai fizikal KitKat. Jika anda ingin mencuba KitKat perisa baharu ini, ianya hanya tersedia di KitKat Chocolatory, Sunway Pyramid.
Coklat edisi terhad ini boleh dicuba di pop-up booth di LG2 Orange Wing, Sunway Pyramid sehingga 6 Oktober 2019. Untuk maklumat lanjut mengenai coklat edisi terhad ini, anda boleh layari laman web Nestle ataupun ke Facebook KitKat Malaysia.
Bagaimana agaknya rasa kombinasi coklat dan perisa-perisa tersebut?