Resipi Ayam Panggang Serai Air Asam Yang Sedap


Anda dan keluarga suka sangat nikmati sajian ayam panggang? Resipi perkongsian saudari Adnilsam Apat ni antara yang terbaik dan boleh dicuba. Lengkap dengan resipi Air Asam. Tengok gambar je pun dah emmbuka selera. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM PANGGANG SERAI AIR ASAM
1. AYAM PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam saiz sederhana – boleh masak seekor atau potong empat
BAHAN PERAP:
  • 7 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 3 batang serai – hiris nipis dan tumbuk halus
  • 1 sudu makan (penuh) serbuk lada hitam kasar
  • 3 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh paprika
  • 1 sudu teh serbuk cajun
  • 4 sudu makan minyak jagung
  • 1/2 biji jus perahan limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Aji – optional
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan perapan dan gaul sebati. Lumur pada ayam hingga rata.
2. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
3. Untuk memasaknya, panggang ayam dalam ketuhar pada suhu 200C selama 1 jam atau hingga ayam cukup masak.
4. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama air asam.

2. AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun kesum
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 ulas bawang kecil – hiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk beras pulut sangai ( thai toasted rice powder)
  • 4 sudu makan sos ikan
  • 3 sudu makan gula kelapa thai ( thai palm sugar) – boleh ganti dengan gula perang
  • 1 sudu makan pes asam ajwa – larutkan dengan sedikit air panas
  • 2 sudu makan thai chilli flakes
  • 3 biji limau nipis – ambil perahan jusnya
  • 1 sudu makan minyak masak/zaitun/jagung – optional
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Sesuaikan rasa dengan selera anda.
2. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar.

Kredit resipi & foto: Adnilsam Apat

Post a Comment

0 Comments