Resepi Sandwich Butter Kaya Paling Express Untuk Anak, 3 Minit Dah Boleh Makan!


“Alamak, hari terbangun lambat..tak sempat nak buat breakfast untuk anak aku…”
Ini merupakan antara situasi yang dihadapi oleh si ibu terutama sekali bagi ibu yang bekerja. Menyediakan sarapan pagi yang simple sahaja pun sudah dapat membekalkan tenaga yang cukup untuk anak-anak fokus ketika berada di sekolah. Jadi, memang mak mak kena sediakan makanan untuk mereka walaupun sedikit. Tapi, memang tak sempat nak buat macam mana?
Jadi, ibu ini berkongsikan makanan sarapan paling cepat dan ekspres supaya anak-anak dapat menjamu sarapan walaupun dalam keadaan tergesa-gesa. Memang laju habis!

SANDWICH BUTTER KAYA PALING EXPRESS

Haritu ramai yang tanya tentang *Sandwich Butter Kaya* ni. So harini Ina share resepi versi Ina ye. Senang sesangat uols.Sape yang suka makan kek tapi tak pandai buat (akulah tu) atau malas buat (aku jugak tu), boleh cuba resepi ni ye. Anak anak memang suka ni. Kek express tapi sedap yakmat!
1.Sediakan 2 warna roti, butter dan kaya
2.Satu roti sapu butter, satu lagi sapu kaya.
3. Telangkupkan kedua-dua roti dan potong segi tiga
4. Akhir sekali, susun ikut selang warna yang disukai
*Dah boleh buat sarapan ekpress untuk anak-anak ke sekolah.
Sumber : Zarina Zainudin

Post a Comment

0 Comments