Proton X50 Dengan Pemanduan Sebelah Kanan Sudah Mula Diuji Atas Jalan Raya


Sejak Proton melancarkan model X70 hasil sentuhan Geely, ura-ura mengenai Proton X50 sudahpun muncul. Hadir sebagai model SUV kompak untuk mencabar jenama-jenama popular lain dengan harga tidak mencapai RM100,000 membuatkan orang ramai tidak sabar untuk menantikan kehadirannya.
Terbaru, Funtasticko telah mengongsikan gambar Proton X50 yang sudah mula diuji atas jalan raya Malaysia. Lebih menarik, model yang diambil daripada jenama Geely ini tampil dengan pemanduan sebelah kanan sekaligus memberi bayang model ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.
70252572_2195528650575490_3737656544444022784_o
SUMBER: FUNTASTICKO
69280584_2195529227242099_5573852537766805504_o
SUMBER: FUNTASTICKO
69569079_2195529607242061_46180630827892736_o
SUMBER: FUNTASTICKO
69675299_2195529777242044_8231222277807538176_o
SUMBER: FUNTASTICKO
Menurut Facebook The Ajerul, Proton X50 kemungkinan bakal dilancarkan lebih awal daripada yang dijangkakan. Mula diperkatakan bakal dilancarkan pada Ogos 2020, model ini mungkin bakal dilancar dengan lebih awal dimana para pengguna berpeluang mula menempah seawal Disember ini atau awal tahun hadapan.
Melihat kepada saiznya, model ini bakal bersaing bersama Honda HR-V serta Mazda CX-3. Sekiranya model ini ditawarkan pada harga dibawah RM100,000 mampukah Proton sekali lagi mengulangi skrip Proton X70 yang menerima jumlah tempahan yang tinggi sehingga hari ini?

Post a Comment

0 Comments