Permainan Video ‘Leftenan Adnan’ Rekaan Anak Tempatan Curi Perhatian Netizen


Siapa yang tidak mengenali Leftenan Adnan atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi iaitu seorang wira yang terkorban ketika pertempuran Bukit Candu. Malah, bagi mengenang Leftenan Adnan, beliau telah diabadikan dalam bentuk tugu, filem dan novel.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila watak Leftenan Adnan telah direka dalam bentuk permainan video pula. Permainan Chandu: The Malay Regiment mengetengahkan Leftenan Adnan sebagai watak utama direka oleh pelajar-pelajar dari Multimedia University.
Menariknya, permainan ini agak unik kerana pemain harus memakai headset VR beserta dengan controller VR sepanjang masa. Akan tetapi, permainan video itu masih lagi dalam pembangunan awal dan kini ia dalam proses untuk dimasukkan ke dalam platform stream.
Berikutan perkongsian itu, ramai yang berasa teruja dan kagum dengan usaha yang dilakukan. Rata-rata netizen memberikan reaksi positif akan pembangunan permainan video tersebut.
Screenshot 2019-09-11 at 1.22.53 PM
Screenshot 2019-09-11 at 1.23.11 PM
Mana tidaknya, permainan video ini dicipta oleh anak muda tempatan dan mengetengahkan ikon Leftenan Adnan yang kisahnya terkenal di Malaysia dan Singapura. Malah, permainan video ini juga pernah memenangi anugerah di pertandingan ITEX 2019.
Syabas diucapkan kepada pencipta permainan video tersebut kerana usaha yang memberansangkan.

Post a Comment

0 Comments