‘Peminat Lihat Apa Yang Saya Pakai’ – Siti Nurhaliza Komen Harga Tayar Basikal Cecah RM32K


Tidak dinafikan menjadi seorang selebriti segala tindak-tanduk akan sentiasa menjadi perhatian peminat termasuklah barangan yang dipakai. Ini bukan kali pertama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian netizen dengan barangan yang dikenakannya.
Sebelum ini, jam tangan jenama Richard Mille RM07 pernah ‘disiasat’ netizen. Kali ini tayar basikal penyanyi Cindai ini pula curi tumpuan yang didakwa harga mencecah puluhan ribu ringgit.

Hasil kerja keras

Bagaimanapun, penyanyi ini tidak cepat melatah dengan ‘siasatan’ warganet yang sibuk mengkaji nilai barangan yang dimilikinya. Begitu juga dengan harga tayar basikal yang didakwa bernilai cecah RM32ribu setanding dengan sebiji harga kereta Proton Saga.
Bagi yang sudah menceburi bidang basikal ini mereka tahulah mana bagus dan yang mana ringan semua.
Soal gali harga, saya tak boleh lari sebab peminat atau orang ramai akan melihat apa yang saya pakai, saya guna, saya makan dan semualah. Namun apa yang saya tahu, ia bukanlah dapat dengan seronok-seronok sebab ia sebenarnya hasil kerja keras.

Apa yang saya tahu kayuh ringan


Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan barangan yang dimiliki adalah hasil dari kerja keras dan titik peluhnya sendiri sepanjang bergelar anak seni. Tambahnya lagi, segala kelengkapan sukan berbasikal sebenarnya diuruskan suami tercinta, Datuk Khalid.
Kalau bab kereta, motosikal atau basikal memang Datuk K minat. Dia akan ‘enhance’ dan ubah suai kenderaan itu. Basikal pun saya serahkan semua dekat Datuk K. Apa yang saya tahu, waktu kayuh basikal tu ringan.

Boleh beli sebuah Proton Saga


Harga tayar

Sumber: Astro Awani

Post a Comment

0 Comments