Konflik Syahmi & Asif Selesai, Kakak Dedah Cerita Diputar-Belit Bapa


Kontroversi yang berlaku di antara Youtubers Malaysia, Syahmi Sazli dengan remaja autisme, Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif tentang isu pembayaran sudah menemui titik penyelesaian apabila ia kini dijelaskan sepenuhnya oleh kakak kepada Asif.
Menurut laporan mStar, kakak Asif iaitu Siti Nur Atina Suhaimi berkata ia sebenarnya berpunca daripada satu salah faham.

Mengaku pencetus konflik

Atina mengakui tindakannya yang mempersoal hak adiknya menerusi media sosial tanpa maklumat yang jelas daripada Syahmi menjadi punca kepada permulaan konflik di antara dua individu itu.
Katanya, tindakan untuk mempertahankan hak Asif juga bukan dilakukan atas niat untuk ‘menumpang senang’ ke atas populariti yang sedang diraih adiknya itu pada ketika ini.
Untuk pengetahuan semua saya dan Asif adalah adik-beradik sebapa, kami berlainan ibu. Memang saya tiba-tiba muncul untuk pertahankan hak Asif, tapi bukan kerana mahu tumpang senang.

Abah yang mengadu

Atina menjelaskan, dia bersuara tentang perkara itu selepas bapanya sendiri mengadu kononnya Asif tidak menerima sebarang bayaran daripada Syahmi selama beberapa bulan.
Itu maklumat yang saya dapat daripada bapa kami. Logiknya Asif adalah di bawah tanggungan bapa, jadi dia lebih tahu mengenai pendapatan adik saya itu.
Menurut Atina, kini dia sudah mendapatkan penjelasan daripada Syahmi dan bapanya sendiri bagi mengetahui tentang perkara sebenar.
Abah mengaku memang Syahmi ada buat bayaran sebanyak RM200 untuk Asif, duit itu diberi kepada abah untuk simpanan. Mana duit itu pergi, tak perlulah saya ceritakan secara lanjut.

Abah yang putar belit cerita

Menjelaskan lebih lanjut Atina berkata, salah faham itu berpunca daripada abahnya yang bertindak memutar-belit cerita dan fakta sebenar yang berlaku.
Justeru katanya, dia sendiri sudah memohon maaf dengan pihak Syahmi malah akan turut membawa abahnya itu untuk bersemuka dengan Syahmi dan isterinya Anissa Faizul.
Tanpa sedari rupa-rupanya abah yang putar belit cerita. Semua saudara mara tahu bahawa abah mempunyai masalah peribadi dan semua salah faham ini berpunca daripada dia.
Saya sudah pun memohon maaf dan Insya-Allah saya akan membawa Syahmi dan isterinya, Anissa untuk berbincang mengenai isu ini.

Asif akan terus berada dalam video Syahmi


Sementara itu menerusi laman Instagram anissafaizul, dia menjelaskan tentang ‘penjaga’ sebenar yang  menjadi tanda tanya netizen. Malah, dia turut mendedahkan punca kepada salah faham ini juga adalah disebabkan cerita yang diputar belit abah Asif.
Penjaga adalah kakak Asif yang berlainan mak. Macam mana boleh ada selisih faham dengan penjaga? Semuanya disebabkan cerita yang diputar belit oleh abah Asif sendiri.
Bagaimanapun katanya, meskipun konflik ini berlaku, Asif akan terus berada dalam video Syahmi namun kali ini semuanya akan melibatkan perjanjian hitam putih.
Asif akan terus berada dalam video Syahmi tapi kali ini kitorang akan serius sikit. Takde dah sesi mulut ke mulut. Semuanya hitam putih sebab tak nak kes macam ni berulang lagi.
Sumber: mStar, Instagram anissafaizul

Post a Comment

0 Comments