KFC China Perkenal Menu ‘Unik’ Gandingan Nuget Dengan Durian


Sebut sahaja durian, pasti ramai yang membayangkan kelazatan rasa beserta warna kuning keemasan yang pastinya membangkit selera setiap penggemarnya.
Hidangan nuget ayam panas pula pasti membuat ramai kecur liur. Tetapi apa pula rasa sekiranya nuget ayam dan durian digabungkan?

Untuk pengetahuan anda, KFC telah melancarkan ‘Durian Chicken Nuggets’ di China pada 2 September 2019 dengan harga 11.50 yuan (~RM 6.76) sahaja untuk empat ketul nuget ayam.
Jika dilihat secara luaran, nuget tersebut kelihatan biasa sahaja tetapi isinya penuh dengan rasa keenakan durian. Rata-rata warganet dari China mengatakan walaupun pada awalnya mereka agak ‘skeptikal’, tetapi sangkaan mereka berubah selepas merasai keenakan nuget tersebut yang ternyata sangat sedap.



Malah, ada yang mengatakan rasa durian dan nuget tersebut seimbang serta ada yang mengatakan kombinasi rasa nuget dan durian ini amat ‘awesome’ dan membuka deria rasa mereka.
Berikutan penularan menu baharu KFC di China ini, ia mendapat perhatian rakyat Malaysia. Terdapat rakyat Malaysia yang ingin KFC Malaysia untuk membawa masuk menu ini ke cawangan KFC Malaysia.


Mahukah anda cuba nuget berperisa durian ini? Siapa tahu KFC akan mempertimbangkan untuk melancarkan menu tersebut ke pasaran Malaysia pula.

Post a Comment

0 Comments