Kastam sedang siasat video staff terlampau. Minta semua pihak berhenti sebar video


Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menyiasat video yang memaparkan aksi lucah membabitkan anggotanya yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata pihaknya ada menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam tahun lepas.
“Pihak Kastam sedang menyiasat perkara tersebut. 
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga dan menutup aib pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi.
Sejak semalam, sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi lucah seorang pegawai yang berpakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan mula tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sebelum tular di laman sosial.
Memalukan! 
Klip video itu menunjukkan wanita terbabit merakam video dirinya membuka pakaian di dalam bilik persalinan agensi tersebut untuk melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
Video itu dirakam dipercayai mahu diberikan kepada seseorang.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung video viral itu. 
"JKDM memang ada menerima maklumat mengenai video itu yang dikatakan membabitkan kakitangan agensi ini. 
"Buat masa ini, kita masih menyiasat mengenainya dan berdasarkan maklumat awal video itu dirakam pada tahun lalu tetapi disebar di media sosial sejak beberapa hari lalu," kata kenyataan itu. 

Post a Comment

0 Comments