‘Holiday Terakhir Bersama Ayah’ – Bapa Meninggal Dunia Hari Terakhir Bercuti Di Melaka


Kehilangan orang tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan saat yang paling memeritkan bagi setiap orang. Bukan senang untuk menerima hakikat tentang pemergian seseorang yang dekat dengan kita namun sebagai orang Islam kita diajar supaya menerimanya dengan hati yang ikhlas.
Menerusi Twitter, Faris Sharudin ada kongsikan pengalaman sedih yang menimpa keluarga apabila ayah kandungnya meninggal dunia semasa mereka sekeluarga bercuti di Melaka.


‘Holiday terakhir bersama Ayah’

Menurut Faris lagi, ayahnya sudah tujuh tahun menanggung sakit dan kerap kali ulang alik ke Institut Jantung Negara. Walaupun begitu, arwah sendiri yang telah plan percutian mereka sekeluarga ke Melaka.

Arwah minta keluar wad

Walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, arwah masih tetap dengan plan asalnya untuk bercuti ke Melaka dan telah meminta izin dari pihak hospital untuk keluar wad.

‘Nanti tolong cari kawan apak’

Tambahnya lagi, arwah ada meminta anak-anaknya mencari rumah kawan lamanya, Shariff kerana menurut arwah kawannya itu tinggal Melaka. Disebabkan arwah tidak ingat jalan, maka perjalanan mereka untuk mencari rumah Pak cik Shariff terbantut dan akhirnya mereka balik ke hotel semula.

Apak sesak nafas

Tambah Faris lagi, arwah telah dimasukkan ke Hospital Melaka kerana sesak nafas sebelum dimasukkan ke ICU pada keesokan harinya.

Jantung dah 4 kali berhenti

Menurut doktor yang merawat arwah, keadaan arwah pada ketika itu sangat tenat hingga jantungnya telah empat kali berhenti.

‘Pak cik dan tak ada’

Pada hari terakhir berada di Melaka, Faris sekeluarga menerima berita tentang pemergian ayahnya. Faris terus menghubungi kawan-kawan lama arwah untuk memaklumkan tentang berita sedih itu.

Arwah ada cari rumah pak cik

Akhirnya, dia menemui nombor telefon Pak cik Shariff kemudian memberitahu tentang berita tersebut. Dia juga ada menceritakan tentang niat arwah yang tidak kesampaian untuk berjumpa kawan lamanya itu.

Gambar terakhir bersama arwah

Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah SWT. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
Sumber: Faris Sharudin

Post a Comment

0 Comments