Hampir Pitam Sebelum Naik Pentas, Persembahan Bertenaga Aishah Di ABPBH Terima Pujian


Selain pemberian anugerah kepada para pemenang di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 32), para penonton turut dihiburkan dengan persembahan para artis. Antara artis yang menjayakan anugerah tersebut ialah Liza Hanim, Idayu, Ernie Zakri, Akim, Hazama, Sufian Suhaimi, Stacy dan kumpulan Raihan.
Namun, dalam ramai-ramai artis yang melakukan persembahan semalam, ternyata penyanyi popular, Aishah mencuri tumpuan para penonton. Menerusi Instagram Aishah, penyanyi tersebut berkongsi cerita di sebalik persembahannya pada malam kemuncak anugerah itu. Menurutnya, persembahan semalam merupakan salah satu cabaran yang hebat buat dirinya.

Rasa macam nak pitam


Menurut Aishah , persembahan semalam merupakan persembahan yang paling mencabar buat dirinya. Ini kerana, dia mempunyai persembahan di Singapura pada malam sebelum anugerah tersebut. Tambahnya, dia perlu bergegas ke Kuala Lumpur pada waktu pagi untuk sesi soundcheck. Selesai sahaja sesi soundcheck, Aishah memberitahu bahawa dia perlu bersiap untuk menukar baju dan make up sempena red carpet.
Aishah turut memberitahu bahawa dia dan suami terlelap di belakang pentas semasa menunggu giliran persembahannya. Apabila tiba gilirannya, dia berasa hendak pitam kerana terlalu penat. Namun, dorongan dan semangat yang diberikan oleh suami, menyebabkan dirinya mampu memberikan persembahan yang terbaik. Persembahan Aishah, ternyata memukau ramai penonton dan netizen apabila rata-ratanya memberikan pujian yang positif.

Suara tetap maintain


Semalam, Aishah menyampaikan dua buah lagu iaitu ‘Kemaafan dendam yang terindah’ dan ‘Kau pergi tanpa pesan’. Ternyata suaranya dianggap maintain dan sama dari dulu sehingga sekarang oleh netizen ketika menyanyikan kedua-dua buah lagu itu.

Pujian positif netizen

Rata-rata netizen memberikan pujian buat Aishah kerana melakukan persembahan sangat baik. Walaupun netizen tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik tabir, mereka tetap kagum dan menganggap persembahan Aishah paling memukau semalam.
Sumber: Aishah

Post a Comment

0 Comments