Gara-Gara Tiada Di Rumah, Abang Courier ‘Parking’ Bungkusan Pelanggan Atas Bumbung!


Tidak dinafikan, zaman sekarang pembelian secara online kini semakin mendapat tempat di hati pengguna. Apabila order barang online, pasti kita ternanti-nanti kehadiran ‘abang courier’ di depan pintu rumah.
Namun lain pula yang berlaku kepada seorang gadis apabila barang yang dibelinya sampai ke rumah tetapi yang menarik perhatian apabila bungkusan tersebut berada di atas bumbung rumah.

Bungkusan atas bumbung

Menerusi Twitter, Nurain Afiqah berkongsi pengalamannya apabila barang yang dihantar oleh abang courier berada di atas bumbung rumahnya.
Tambah Afiqah lagi, ketika penghantaran berlaku dia tiada di ruma Kemudian telah mendapat panggilan dari abang courier yang menyatakan dia berada di depan pintu rumah untuk menghantar bungkusan baranga tersebut.
Namun, disebabkan tiada sesiapa di rumah, gadis ini telah meminta abang courier untuk ‘mencampakkan’ barangnya itu ke dalam kawasan rumahnya.

Barang selamat

Apabila sampai di rumah, gadis itu kemudian mencari barang tersebut tetapi tidak ditemuinya lalu dia menghubungi semula abang courier untuk bertanyakan tentang keberadaan bungkusan itu. Namun, jawapan yang diterima dari abang courier ini tidak disangka-sangka.
Apa yang bagusnya, gadis ini tidak mendedahkan identiti syarikat penghataran tersebut.

Macam atlet lontar peluru

Rata-rata warganet terhibur dengan tindakan abang courier tersebut serta mereka tertanya tanya bagaimana bungkusan tersebut boleh berada di atas bumbung rumah itu.
Perkongsian ini telah mendapat 217, 000 tontonan dan hampir 23, 000 retweet oleh warganet.
Sumber: Nurain Afiqah

Post a Comment

0 Comments