Gagal Cakap Bahasa Melayu Dengan Baik Ketika Disoal Jabatan Imigresen, Warga China Kantoi Beli Mykad!


Baru-baru ini viral di media sosial apabila kad pengenalan (IC) warganegara Malaysia diberikan kepada warga asing. Susulan itu, satu operasi sulit dilakukan oleh pihak PDRM membawa kepada penahanan beberapa individu dipercayai terbabit dalam kes penjualan MyKad bernilai RM350,000
Menerusi Harian Metro, kegiatan itu terbongkar selepas seorang warga China yang membeli MyKad itu tertangkap ketika membuat passport di Jabatan Imigresen Malaysia.


Berlaku masalah komunikasi

Wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke imigresen negeri untuk membuat pasport Malaysia dengan mengemukakan MyKad miliknya yang sah.
Namun, status kewarganegaraan wanita itu diragui selepas berlaku masalah komunikasi dengan pegawai bertugas. Wanita terbabit gagal menjawab semua soalan yang diajukan di dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya tersenyum.
Keadaan mencurigakan itu membuatkan pegawai Imigresen terus membuat laporan polis. Walau bagaimanapun, wanita warga China itu sudah ditahan selepas pihak polis mengesan kegiatan haram ini berlaku.


Sindiket melalui ejen

Hasil intipan dan siasatan, pasukan khas berkenaan menahan pegawai kanan JPN terbabit di pejabatnya sebelum menahan seorang lagi lelaki dipercayai ejen atau runner kepada pegawai kanan terbabit manakala wanita asing berkenaan ditahan lebih awal.
Menurut sumber, modus operandi sindiket itu adalah melalui ejen sebelum diserahkan kepada pegawai kanan. Individu itu harus membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum IC diproses.


Dijual antara RM50K ke RM100K

Semua urusan tunai. Satu MyKad dijual antara RM50,000 hingga RM100,000.
Dalam operasi khas yang lain, beberapa kakitangan dan pegawai sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang termasuk di Putrajaya ditahan mengikut Akta SOSMA. Antara yang ditahan termasuk pegawai JPN Pulau Pinang.

Post a Comment

0 Comments