FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Belgian Dark Chocolate’ Edisi Terhad


Coklat merupakan antara snek dan manisan kegemaran hampir semua orang di seluruh dunia. Coklat mengandungi pelbagai khasiat dan juga makanan yang boleh buat anda awet muda.
FamilyMart tampil perkenalkan perisa baru iaitu Belgian Dark Chocolate sofuto untuk pelanggan setia semalam. Sebelum ini, FamilyMart telah perkenalkan perisa Mediterranean Sea Salt Sofuto, Coco Sofuto, Cheesecake Sofuto dan banyak lagi.

Tidak dapat dinafikan bahawa perisa coklat memang kena dengan selera ramai orang. Harga bagi Belgian Dark Chocolate sofuto adalah RM3.90 sahaja dan tersedia di semua cawangan FamilyMart kecuali di cawangan MRT TTDI.
Selain itu, FamilyMart juga tampil dengan dua perisa baharu untuk milkshakeiaitu Belgian Dark Chocolate dan Macha. Harga bagi milkshake ini adalah RM7.90sahaja.
Bagi anda yang ingin mencuba aiskrim dan minuman terbaharu daripada FamilyMart ini, anda harus dapatkan segera sementara ia masih ada. Rugi jika anda tidak mencuba aiskrim coklat premium ini yang setanding Godiva!

Post a Comment

0 Comments