“Dapat Udara Bagus Dari Indonesia, Malaysia Tak Pernah Berterima Kasih”


Pasti ramai tahu bahawa jerebu yang melanda dengara kita disebabkan oleh kebakaran hutan yang berlaku di Indonesia. Perkara itu diakui oleh Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.
Dalam pada itu, setiap kali berlakunya kebakaran dan jerebu, sudah pasti negara jiran mereka iaitu Malaysia dan Indonesia akan melancarkan proses menggesa Indonesia memohon maaf.
Bagaimanapun, Jusuf Kalla berkata Malaysia dan Singapura perlu berterima kasih kepada Indonesia kerana memberikan udara yang sedar kerana negara mereka memiliki hutan tebal.
Malah katanya lagi, negara jiran tidak pernah berterima kasih dan tiada permohonan maaf daripada pihak mereka.
“Apa minta maaf, 11 bulan dapat udara bagus dari Indonesia, dia tidak pernah terima kasih, satu bulan kena asap dia marah-marah. Tidak pernah terimakasih, tidak ada maaf juga. Baru mereka sadar, minta maaf harus kerjasama,” katanya.
Dalma pada itu, Jusuf mengaku pernah mendengar rungutan mengenai hal sama ketika ke Tokyo, Jepun tujuh tahun lalu. Bahkan Indonesia diminta untuk memperbaiki hutannya.
“Saya katakan, apa yang anda cakap ni? Siapa yang rosakkan hutan Indonesia? Andalah yang rosakkn hutan kami. Tahun 1960-an kita belum tahu tentang buldozer, anda yang bawa. Mula-mula Amerika mendatangkan buldozer bayar sedikit 5 juta per kubik untuk gondolkan hutan kami, rosaklah hutan.
“Dari hutan itulah terhasilnya kerus-kerusi dan tingkap-tingkap kayu di negara awak. Ini dari hutan kami. Jadi sekarang anda harus bayar semuanya,” katanya.

Post a Comment

0 Comments