Dadah Seberat 12 Tan Bernilai RM2.4 Bilion, Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Terbesar Dalam Sejarah Malaysia


Polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya menumpaskan sindekat penyeludupan antarabangsa apabila dadah jenis kokain yang dicampur dengan arang batu dalam serbuan di Terminal Kargo Utara Butterworth.
Menerusi laporan Kosmo Online, dadah seberat 12 tan yang dianggarkan bernilai RM2.4 bilion ini merupakan sindiket dadah terbesar dalam negara.

Taktik terbaru sindiket

Menurut Ketua Polis Negara, Tan sri Abdul Hamid Bador berkata, mencampurkan kokain bersama arang batu merupakan salah satu taktik terbaru yang dilakukan sindiket membawa dadah dari Amerika Selatan ini.
Ini merupakan rampasan dadah jenis kokain terbesar dalam sejarah negara dan cubaan mencampurkannya dengan arang batu juga adalah strategi penyeludupan terbaharu yang digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa.
Taktik yang digunakan ini menyukarkan pihak polis untuk mengesan dadah dan terpaksa menggunakan peralatan canggih milik Jabatan Kimia Malaysia.
Dadah itu tidak dapat dikesan Unit Anjing Pengesan (K9) dan kami percaya sindiket ini cuba mengaburi mata pihak berkuasa.

Bernilai RM2.4 bilion

Dadah yang berjaya dirampas oleh pihak polis ini dianggarkan bernilai RM2.4 billion yang ditemui di dalam tiga buah kontena yang dicampur dengan 60 guni arang batu seberat satu tan.
Dadah bersama 60 guni arang batu tersebut dipercayai dari Amerika Selatan dan menjadikan negara ini transit sebelum dihantar ke negara lain.
Dadah ini dipercayai diseludup dan bergerak secara licik dengan menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum dihantar ke negara lain.

Suspek direman 14 hari

Tambahnya lagi, susulan itu, pihak polis telah menahan lelaki warga tempatan yang menguruskan kontena berkenaan dan mendapati suspek positif methamphetamine.
Suspek direman 14 hari sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Post a Comment

0 Comments