Cara Buat Popia Otak-otak Paling Simple Guna Tuna Dalam Tin. Sedap!


“Menu apa lagi nak buat untuk minum petang ye. Boringlah asyik makan cucur, roti dengan goreng pisang je… “
Kadang tu teringin nak makan otak-otak macam dekat warung tu kan. Sekali hadap, habis sebakul atas meja tu. Memang sedap otak-otak ni, tapi tak banyak kedai yang jual.
Sekarang ni macam-macam inovasi orang buat kudapan frozen, salah satunya popia otak-otak.
Apa kata kita cuba buat sendiri dekat rumah. Kalau tak ada ikan, boleh je guna tuna dalam tin macam Puan Eka Zahra ni. Menarik dan mudah. Sekali pandang cukup menyelerakan!
Resepi popia otak otak
Jom tengok resipi beliau selengkapnya di bawah.

RESIPI POPIA OTAK-OTAK GUNA TUNA DALAM TIN

Hari ni saya nak share resipi Popia Otak-otak Tuna. Selalu kita sapu tuna dalam sandwich je kan? Kali ni kita olah sikit jadi kudapan panas pulak.
Simple je, boleh buat untuk minum petang nanti. Saya guna ikan tuna dalam tin je sebab mudah dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin Tuna in Water (buang airnya kemudian ditumbuk hancur)
  • 1 sudu makan santan pekat
  • 1 biji telur ayam dipukul sedikit
  • 2 sudu makan tepung ubi kayu
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya (saya guna Maggi Cukup Rasa)
  • Kulit popia

Post a Comment

0 Comments