‘Arwah Sempat Hantar Gambar Sedang Bersiap Sedia Untuk Pergi Latihan’ – Isteri Allahyarham Mejar Zahir


Anak kepada pelakon AR Badul, Mejar Zahir Armaya maut selepas terkena tembakan senjata jenis M4 ketika sesi demonstrasi di Kem Lok Kawi Sabah. Berita pemergian allahyarham yang merupakan seorang pegawai komando dari 11 Gerak Khas (11 GGK) turut dirasai bukan sahaja ahli keluarga malah seluruh rakyat Malaysia.
Isteri, Nourshafinar Harun ketika dihubungi Utusan Online meluahkan rasa sebak dengan pemergian suami tercinta yang tidak disangka-sangka.

Anak baru 6 bulan

Isteri memaklumkan suami sempat menghantar pesanan Whatsapp berkata pertunjukan hari ini merupakan pertunjukan terakhir selain turut menyertakan gambar sedang bersiap sedia untuk ke latihan.
Arwah hantar gambar dia yang sedang bersiap sedia untuk pergi latihan. Waktu tu saya tidak dapat bercakap lama dengannya.
Saya terima berita ini daripada kawan-kawan, mereka sahkan arwah telah meninggal dunia. Kali terakhir saya berjumpa dengannya lebih kurang seminggu yang lalu sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang untuk ke Sabah.
Anak kami baru saja berusia enam bulan, saya sangat-sangat tak sangka bapanya pergi terlalu awal.

Dugaan terlalu berat

Apa yang lebih menyedihkan apabila anak mereka baru sahaja berusia enam bulan dan menganggap dugaan ini terlalu berat untuk dihadapi.
Isteri turut memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth jam 9.30 pagi tadi selepas terkena tembakan dalam demonstrasi sempena paluan berundur Markas 5 Briged.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menerusi kenyataan media hari ini merakam ucapan takziah dan bersimpati dengan pemergian pegawai ini.
Beliau berharap keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi suasana pilu ini dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
Sumber : Utusan Online , Astro Awani

Post a Comment

0 Comments