AR Badul redha pemergian Mohd Zahir


“SAYA reda dan terima ujian Allah ini,” kata pelawak dan pelakon veteran, AR Badul, 70, bapa kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, yang meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi hari ini.
“Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan," katanya.
Badul berkata, dia faham dengan tugas anggota komando yang berdepan risiko nyawa tetapi insiden kematian Mohd Zahir terjadi ketika dia sedang menjalani latihan.
Badul memiliki enam anak dan Mohd Zahir adalah anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah.
Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulunya.

Post a Comment

0 Comments