Anak AR Badul mati tertembak



MEJAR Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
Difahamkan, mangsa adalah anak pelakon popular, A R Badul.
BERITA BERKAITAN : AR Badul Reda Pemergian Zahir
Demonstrasi yang dipersembahkan beliau bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang dilakukan.

Ketika kejadian, mangsa memakai berbaju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.
Mangsa rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan. Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah.
Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

SUMBER: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments