Ada 3 Ketulan Kecil Di Payudara, Wanita Kongsi Pengalaman Mendebarkan Jalani Ujian Ultrasound


Pemeriksaan kesihatan adalah sangat penting untuk memastikan tubuh berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan ini juga untuk mengelakkan penyakit merbahaya yang boleh menyerang secara senyap.
Seperti perkongsian wanita ini di Twitter, dia ditawarkan menjalani ujian ultrasound ketika penggambaran Pink October Project di sebuah hospital swasta. Walaupun sebelum ini tiada sebarang tanda dikenalpasti, dia rupa-rupanya mempunyai 3 ketulan kecil di bahagian kiri payudara.

3 lumps di payudara kiri

Menceritakan kembali pengalaman menjalani pemeriksaan tersebut, wanita ini sungguh tidak menyangka dia mempunyai 3 ketulan di bahagian payudara. Terkejut dengan keputusan tersebut, wanita ini mengakui tidak bersedia untuk sebarang risiko mendatang.

Adakah normal jika ada lumps?

Menurut doktor, dua daripada ketulan ada cyst dan mengandungi air. Setakat ini ketulan tidak merbahaya dan tidak perlu dirisaukan. Cuma, dia perlu menjalani pemeriksaan semula selepas enam bulan.

Tolong check setahun sekali

Jadi, dia menasihatkan kepada semua wanita agar melakukan pemeriksaan payudara sekurang kurangnya setahun sekali. Tidak perlu malu!
Sumber : Twitter

Post a Comment

0 Comments