7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia


Penerbangan AirAsia sememangnya menjadi pilihan buat kebanyakan Rakyat Malaysia. Harga yang rendah serta jadual penerbangan yang pelbagai setiap hari membuatkan penerbangan ini menjadi pilihan orang ramai.
Melihatkan orang ramai yang menjadi AirAsia sebagai medium penerbangan, Mohd Faiz yang merupakan seorang usahawan yang kerap ke China menggunakan AirAsia telah berkongsi 7 tip untuk penerbangan yang lebih selesa serta harga rendah dengan AirAsia. Berikut merupakan perkongsiannya.
Buat orang yang berkaki panjang macam saya, kalau nak flight dengan tempoh yang lama boleh jadi ia pengalaman yang menarik ataupun ‘mengerikan’. Tambahan pula hampir setiap bulan saya ulang alik ke China sememangnya penerbangan yang lebih selesa pastinya menjadi pilihan.
Pada kali ini, saya ingin kongsikan, tip ‘survival’ dalam penerbangan AirAsia berdasarkan pengalaman 78 kali ke China.
1.Booking seat pada hari Rabu. Teori ni mungkin ada yang mendangkalnya namun berdasarkan percubaan saya sememangnya hari Rabu hari tiket penerbangan ditawarkan dengan harga yang lebih rendah.
2. Melalui perkongsian geng kaki travel, seeloknya booking tiket penerbangan pada tengah malam atau awal pagi untuk dapatkan harga tiket yang lebih rendah.
3. Sekiranya anda bakal terbang dengan jumlah jam yang lama, adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan hot seat daripada AirAsia yang menawarkan tempat duduk yang lebih selesa sesuai untuk saya yang berkaki panjang.
4. Hot Seat tersedia di row 1-5, 12 dan 14. Antara semua row ini, row paling best sudah pastinya row 14 sebabnya ruang kaki yang luas. Untuk pengetahuan AirAsia tidak mempunyai row 13.
5. Row yang paling kurang menarik pada saya adalah row 1 dimana meja anda berada di tepi kaki dan bukannya di depan.
6. Row 12 boleh tahan best akan tetapi akan kerusi anda tidak boleh diturunkan kan. Memang terpaksalah anda tidur dengan keadaan kerusi menegak.
7. Buat anda yang mahukan view yang menarik serta mahu mengambil sayap, sekali lagi saya sarankan untuk dapatkan kerusi 14B atau 14E. Ruang kaki juga lebih besar dan kerusi anda juga boleh diturunkan ke belakang.
Memilih untuk mendapatkan seat tengah pada kapal terbang secara tidak langsung membuatkan mereka yang berpasangan memilih untuk mendapatkan tempat duduk di barisan lain.
Kesimpulannya, pilih tempat duduk yang betul untuk memastikan anda mendapatkan perjalanan yang selesa. Pastikan anda bawa bersama neck pillow untuk pengalaman tidur yang lebih selesa dalam penerbangan. Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Post a Comment

0 Comments