Kereta merupakan kenderaan yang memudahkan anda untuk ke sesuatu destinasi. Malah, kereta juga memerlukan penjagaan rapi kerana jika rosak pasti menelan belanja yang banyak.
Tahukah anda bahawa kereta juga akan menunjukkan simbol amaran jika kereta tidak dalam keadaan yang baik? Terbaharu, seorang pengguna Twitter @dabooradzi telah berkongsi beberapa simbol amaran yang beliau dapati melalui pembacaan di blog Maukerja. Baca perkongsian beliau di bawah ini:
Sebagai seorang lady driver yang pergi balik kerja sensorang, I akan make sure I faham semua 11 simbol emergency yang ada kat kereta ni. Kalau jadi apa-apa nanti senang!— H.R (@dabooradzi) September 11, 2019
1. Amaran Brake Tangan
Ada masalah pada sistem brek, ABS / cecair brake berkekurangan (Low brake fluid) pic.twitter.com/54NorzZGgZ
1. Amaran brek tangan

Ada masalah pada sistem brek, ABS atau cecair brek berkurangan.
2. Amaran suhu enjin

Cepat-cepat berhentikan kereta dan buka bonet. Biarkan sehingga suhu panas berkurangan.
3. Check cecair penyejuk

Cecair coolant atau penyejuk kereta rendah. Semak dan tambah cecair penyejuk atau coolant segera!
4. Amaran minyak enjin

Enjin kereta anda kekurangan minyak hitam atau minyak enjin, tukarkan dengan minyak enjin yang baru.
5. Bateri kereta

Cas bateri kurang atau alternator ada masalah. Sementara belum pergi bengkel, boleh berhenti gunakan aircond atau radio.
6. Beg udara

Berkemungkinan beg udara ada kerosakan dan anda kena cepat-cepat ganti.
7. Amaran minyak brek

Cecair brek anda berada pada tahap rendah, periksa tahap cecair kerana ia akan berkurangan apabila brakepads habis.
8. Check enjin

Ada pelbagai faktor sebenarnya. Kurang kuasa enjin, atau elektrikal sensor anda ada masalah.
9. High beam

Yang ini sebab kadangkala terpasang waktu pagi.
10. Pemanas cermin belakang

Selalunya pemandu gunakan apabila keadaan sedang berkabus.
11. Amaran penstabil kereta

TCS berada didalam mod pilihan ‘Off – Tidak aktif’. TCS adalah sistem yang kawal tayar daripada tergelincir dan memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan.
Perkongsian ini pastinya dapat dimanfaatkan oleh anda diluar sana. Jika tiba-tiba simbol-simbol ini menyala, anda sudah tahu apa yang berlaku.