[VIDEO] Liverpool Menang Bergaya, Kekal Di Puncak Liga

Photo: Liverpool FC
Tamat perlawanan ketiga liga perdana inggeris musim 2019/2020 membabitkan dua pasukan teratas liga, Liverpool menentang Arsenal di stadium keramat mereka Anfield. Perlawanan berkesudahan 3-1 Liverpool menang keatas Arsenal.


Kedua-dua pasukan bermula agak baik dengan aksi berbalas serangan. Arsenal terlebih dahulu berpeluang membuka tirai jaringan dengan siri percubaan dari penyerangnya Patrick Aubameyang dan pemain yang baru ditandatangani dari Lille, Nicolas Pepe. Namun percubaan tersebut tidak menerjah gawang meskipun penjaga gol Liverpool Adrian sudah tertewas. Dihujung babak pertama Liverpool memecah kebuntuan hasil sepakan sudut Trent Alexander Arnold yang ditanduk kemas Joel Matip untuk meletakkan Liverpool di depan 1-0
Photo: Liverpool FC


Bersambung babak kedua, tuan rumah terus mendominasi perlawanan. Pada minit ke 49 Liverpool dihadiahkan sepakan penalti, penyerang sensasi mereka, Mohammed Salah tenang menyempurkan sepakan tersebut sekaligus meletakkan pasukannya kian selesa. Selang beberapa minit kemudian Mommed Salah sekali lagi menunjukkan ketajaman penyudah beliau dengan serangan balas pantas dan menjaringkan gol ketiga. 
Penghujung perlawanan Arsenal berjaya menjaringkan gol daripada pemain gantian mereka Lucas Torreira. Keputusan berakhir 3-1 sekaligus meletakkan Liverpool kekal menerajui liga.


Video:  Hoofoot.com

Post a Comment

0 Comments