Photograph Murad Sezer/Reuters

Pertembungan antara dua Juara Ueropa dan Liga Juara-Juara Eropah antara Chelsea menentang Liverpool berlangsung awal pagi ini. Besiktas Park, Istanbul menjadi saksi kejuaraan UEFA Supercup milik Liverpool.
$ads={1}
Chelsea yang sebelum ini tewas 4-0 kepada Manchester United pada perlawanan terakhir mereka, dilihat bermula baik menentang Liverpool. Asakan bertali arus keatas pasukan lawan membuahkan hasil apabila Olivier Giroud membuka tirai jaringan pada mini ke 36. Keputusan babak pertama berakhir 1-0.
Photograph Adam Davy/PA
Liverpool memulakan separuh masa kedua dengan asakan awal dan hasilnya pada minit ke 48 Sadio Mane berjaya menghasilkan gol pernyamaan. Perlawanan berlangsung sengit. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tiada sebarang tambahan jaringan berlaku. 
$ads={2}
Perlawanan diheret pada masa tambahan. 
Sadio Mane menjadi watak penting buat Liverpool apabila pemain lincah ini sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke 95.
Photograph Michael Regan/Getty Images
Selang 6 minit kemudian Chelsea dihadiahkan sepakan penalti setelah pengadil mendakwa penjaga gol Liverpool mengasari pemain lawan. Jorginho tenang menyempurnakan sepakan itu. 120 minit tamat. Juara hanya ditentukan dengan sepakan penalti. 

Meskipun tanpa kehadiran penjaga gol utama mereka, Alisson Becker yang mengalami kecederaan. Penjaga gol kedua Liverpool Adrian muncul wira setelah menyelamatkan sepakan terakhir Abraham sekaligus memberi kejuaraan pertama Liverpool musim ini. 

Video: hofoot.viuclips.net

Post a Comment

Previous Post Next Post