Tuan Rumah, Thailand Berputih Mata. Malaysia Juara AFF Bawah 15 tahun

Malaysia muncul Juara kejohanan AFF bawah 15 tahun setelah menewaskan Thailand 2-1. 
Thailand yang merupakan tuan rumah kejohanan ini dilihat mendominasi perlawanan pada babak pertama. Mereka terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 16 melalui pemain lincah mereka Theekawin Chansri. Tersentak dengan jaringan tersebut Malaysia hadir dengan serangan bertali arus, namun kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
$ads={1} 
Bersambung pada babak kedua, Malaysia meneruskan momentum menyerang dengan mengasak kubu Thailand. Usaha tersebut berhasil apabila gerakan solo Muhammad Izrin Ibrahim dari sebelah kanan dengan rembatan leret kaki kiri terus menerjah gawang. Ketika perlawanan dilihat berakhir dengan masa tambahan, Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin muncul wira menanduk masuk hasil sepakan penjuru pada minit ke 79.
Di hujung perlawanan, keadaan sedikit tegang dengan pergaduhan melibatkan kedua dua pasukan sehingga beberapa layangan kad merah diberikan. 
TAHNIAH MALAYSIA JUARA AFF BAWAH 15. 



Post a Comment

0 Comments