TGV Cinemas Tayang Semula Filem P.Ramlee Sempena Menyambut Bulan Kemerdekaan


Meskipun filem Seniman Tan Siri P.Ramle sudah berusia puluhan tahun lamanya. Namun, setiap hasil karya seninya itu masih tidak jemu untuk ditonton.
Kualiti hasil karya P.Ramlee yang penuh dengan unsur nasihat dan tauladan, pada masa yang sama masih mampu menghiburkan, membuatkan setiap babak-babak dalam filemnya masih diingati sehingga sekarang.
Namun, dek kerana kepesatan arus pemodenan, boleh jadi bahawa generasi muda akan datang tidak lagi mengenali dan mengetahui siapakah seniman Agung, P. Ramlee.

TGV tayang semula filem P.Ramlee di panggung

Justeru, bagi mendedahkan generasi muda dengan hasil karya seniman Agung itu. Bersempena dengan bulan kemerdekaan, pihak TGV telah bekerjasama dengan Shaw Brothers untuk menayangkan semula 5 filem lakonan Tan Sri P.Ramlee.
Filem yang bakal ditayangkan adalah Anakku Sazali, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, Ibu Mertuaku, dan Madu Tiga. Dimana ia adalah antara filem yang menjadi kegemaran ramai.

Bagaikan kembali  ke zaman silam, dengan menayangkan semula filem-filem klasik ini di panggung wayang, dapatlah kita sebagai generasi muda merasai semula pengalaman yang sama  dinikmati oleh datuk dan nenek kita sewaktu ketika dahulu.
Diharapkan, dengan inisiatif ini dapatlah memberi peluang kepada generasi muda melihat sendiri hasil karya seni seorang seniman yang boleh dikatakan satu dalam seribu.
Sumber : TGV Cinemas

Post a Comment

0 Comments