Sistem KLIA Masih Tergendala, Penumpang Dinasihatkan Tiba 4 Jam Lebih Awal


Buat ada yang akan terbang hari ini, anda dinasihatkan untuk tiba 4 jam lebih awal dari waktu anda sepatutnya terbang. Ini kerana dilaporkan pihak KLIA masih belum dapat menyelesaikan masalah sistem yang tergendala sejak semalam.
Sudah masuk hari kedua, namun sistem urusan check-in di KLIA dan KLIA 2 terus tergendala dan ini menyulitkan urusan pelancong serta rakyat tempatan yang mahu terbang ke destinasi yang dituju.

Menurut perkongsian di Twitter, ramai yang mula berkongsikan gambar di mana maklumat penerbangan ditulis secara manual di papan putih.
Penumpang juga dinasihatkan untuk check-in menerusi aplikasi telefon pintar untuk penerbangan anda bagi memudahkan kenyataan. Aisyah Ibrahim merupakan antara penumpang yang berdepan dengan masalah ini semalam dan menurutnya, pihak Malaysia Airports menangani masalah tersebut secara profesional dan cekap.



Semoga sistem di KLIA pulih seperti biasa secepat mungkin. Untuk maklumat terkini, para penumpang boleh bertanyakan kepada kaunter pertanyaan atau laman media sosial Twitter Malaysia Airports di sini.

Post a Comment

0 Comments