‘Sedih Bila Ummi Cerita Abah Dah Lama Tak Dapat Gaji’ – Luahan Ahli Keluarga, Pekerja Utusan Bakal Tutup


Umum sedia maklum bahawa syarikat Utusan Melayu (M) Berhad mengambil keputusan untuk menutup operasi mereka bermula Rabu ini. Penutupan tersebut berpunca daripada masalah kewangan yang tidak mencukupi untuk membayar gaji pekerja.
Melalui pengumuman tersebut, para wartawan yang berkhidmat di syarikat itu berkongsi perasaan sedih mereka serta mengimbau kenangan suka duka mereka sewaktu berkhidmat. Antara wartawan yang berkongsi luahan tersebut ialah Izwan Mohd Isa dan Emira Saizali.

Selepas 7 tahun mencurah bakti

Mampu menyara keluarga serba sedikit

Menurut Izwan, esok merupakan hari terakhirnya berkhidmat sebagai wartawan Kosmo. Sepanjang 7 tahun menjadi penulis di Kosmo, dia berjaya membeli rumah, kereta dan menyara keluarganya. Di samping itu, dia memberitahu bahawa Kosmo ibarat universiti buat dirinya bagi mengasah bakat penulisannya. Walaupun rezekinya berkhidmat dengan Kosmo bakal berakhir, dia menganggap ada rezeki baru pasti akan tiba. Doa rakan-rakan serta kata-kata positif   membuatkan dirinya terus kuat demi masa hadapan.

Saya mahu membalas budi baik mereka

Menerusi Twitter Neelofa, dia memberitahu bahawa syarikat penerbitan tersebut banyak membantu dalam perkembangan kariernya sebagai seorang anak seni. Dia ingin membalas budi baik mereka. Tambahnya, jika korang kenal sesiapa daripada bahagian sumber manusia atau mana-mana syarikat yang ingin mencari pekerjaan, tinggalkan butiran korang di Twitternya.

Tawarlah saya dan team bekerja

Neelofa antara rakan selebriti yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa para wartawan Utusan. Menerusi Twitter Neelofa, kebanyakan wartawan meminta pertolongannya untuk mendapatkan pekerjaan. Di samping itu, mereka meminta Neelofa untuk berdoa semoga urusan semua kakitangan Utusan dipermudahkan.
Sumber: Izwan & Neelofa

Post a Comment

0 Comments