Resipi Ringkas ‘Meatball’ Ala Ikea Anda Patut Cuba



Sebut sahaja Ikea pasti anda sudah terbayang perabot rumah dan pasti anda juga terbayang restoran dalam Ikea yang menyajikan pelbagai menu yang menarik dan sedap. Menu paling ‘hits’ di Ikea iaitu Sweedish Meatball pasti menjadi kegemaran ramai orang.


Terbaharu, seorang pengguna Facebook Nor A’dzilah Abd Malek telah berkongsi resipi meatball ala Ikea yang boleh dinikmati 4 hingga 5 orang. Baca perkongsian resipi Nor A’szilah di bawah ini:

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat meatball:

1. Sekilo daging

2. Sebiji bawang besar yang ditumbuk atau kisar

3. Bawang putih sebanyak 5 hingga 6 ulas ditumbuk atau kisar

4. Lada putih

5. Sebiji telur

6. Garam

7. Secawan tepung ubi

Cara-cara membuatnya:

  1. Kisar daging sampai hancur.
  2. Kemudian, campurkan kesemua bahan itu bersama daging dan gaul sehingga sebati.
  3. Setelah itu, rebus sehingga daging itu timbul menandakan daging sudah masak.
  4. Kemudian, goreng meatball sehingga masak.
69022104_2551772828235151_9166286711695605760_n

68539755_2551773118235122_7210391822374273024_n

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sos:

1. Bawang putih 5 ulas (dikisar)
2. Sebiji bawang besar (dikisar)
3. Satu sudu besar oregano
4. Setengah botol kecil sos blackpepper
5. Sesudu besar tepung gandum
6. Setengah kotak susu kotak kecil

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis bawang yang dikisar sampai naik bau.
2. Kemudian, masukkan oregano, tepung gandum dan tumis sekejap sehingga warna menjadi brown.

69275496_2551773528235081_754758253648281600_n
68793469_2551773648235069_29502220550537216_n
3. Selepas itu, masukkan sos blackpepper dan susu.
4. Lalu, masukkan sikit air agak tidak terlalu pekat sos itu nanti.
5. Biarkan menggelegak seketika dan siap.
Mudah bukan cara nak membuat ‘meatball’ ala Ikea ini. Pasti anda boleh hidangkan pada tetamu yang berkunjung ke rumah kelak. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments