Punggah susu dah jadi kes polis!


POLIS membuka kertas siasatan susulan tindakan orang ramai mengambil susu tanpa kebenaran dari lori terbalik di di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan susu itu daripada pemandu lori berkenaan, Mohd Baihaqi Azizan, 25, pada Rabu lalu.
$ads={1}
“Pada mulanya, timbul kekeliruan apabila ada pihak mendakwa sebagai pemilik barang itu memberi kebenaran untuk mengambil susu terbabit.
“Bagaimanapun, pemilik lori tidak pernah memberi kebenaran seperti itu. Susulan itu, kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam kejadian Rabu lalu, tular satu rakaman video berdurasi 34 saat memaparkan penduduk mengutip susu dari lori yang terbalik selepas terbabit kemalangan di Bachok.
Akhbar melaporkan pemilik lori terbabit tidak pernah memberi kebenaran susu itu diambil dan pada masa sama merayu orang ramai memulangkan kembali kerana dia bakal berdepan kerugian RM120,000.
$ads={2}
Dipercayai selepas itu, ada dalam kalangan orang ramai menghantar kembali susu itu di lokasi kemalangan dan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.
Nik Aminuddin berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada pemilik treler, Azizan Zainudin, 57 untuk mengambil semula susu yang dipulangkan penduduk kampung di IPD Bachok.

Post a Comment