[VIDEO] Provokasi jadi punca...


MANGSA yang meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar Bangi, di sini, semalam dipercayai dirempuh kenderaan suspek akibat berlaku provokasi hingga mencetuskan pergaduhan antara mereka.
$ads={1}
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara mangsa dan suspek berusia 40 tahun selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.
“Difahamkan kereta mangsa berusia 29 tahun itu melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar mengejar dan cabar mencabar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.
“Selepas itu, berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa menyebabkan beberapa pemandu lain turut berhenti dan menenangkan mereka sebelum kembali ke kereta masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
$ads={2}
Fadzil berkata, mangsa yang tidak berpuas hati kemudian keluar dari keretanya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.
“Suspek kemudian memandu kereta ke hadapan dalam keadaan tergesa-gesa dan terlanggar mangsa.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Nilai Medical Centre dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat.


“Ekoran itu, polis menahan suspek serta isterinya berusia 36 tahun untuk membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Suami isteri itu direman tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Ogos ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Berita Berkaitan: Suasana pilu menyelubungi pengebumian

Keluarga Mangsa Mohon Saksi Tampil


Sementara itu, adik kepada mangsa yang terbunuh dalam kejadian tersebut memohon untuk saksi tampil membantu kes. Menurut video yang ditularkan di laman sosial twitter milik beliau, seorang lelaki berbaju biru saksi utama kejadian. 

Post a Comment

0 Comments