Polis cedera, orang awam parah insiden rusuhan di kuil


KUALA SELANGOR - Seorang anggota polis cedera dan orang awam putus tapak tangan dalam satu rusuhan yang berlaku di sebuah kuil di Bestari Jaya, Sungai Darah di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dalam kejadian sekitar jam 9.15 malam itu seorang lelaki putus sebahagian tapak tangan kiri dan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.
$ads={1}
"Sementara, anggota polis lelaki berusia 34 tahun dari Balai Bestari Jaya cedera di belakang tapak tangan kiri dan sudah dirawat dengan enam jahitan.
"Susulan insiden itu, polis menahan 16 suspek dan lima senjata tajam dirampas. Sehingga kini polis masih mengesan suspek lain yang telah dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, sebelum rusuhan berlaku, satu perarakan Chariot (pedati berhias) diadakan di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, Sungai Darah.
$ads={2}
"Namun, berlaku pertengkaran antara dua kumpulan dengan bersenjatakan parang dipercayai berpunca daripada pergaduhan geng akibat tidak berpuas hati berkaitan pemasangan khemah.
"Polis yang bertugas ketika itu cuba mententeramkan keadaan dan membuat tangkapan namun telah juga diserang kemudiannya berjaya mengawal sepenuhnya di tempat kejadian," katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments