'Gerak lu, pape jangan roger' - Lelaki maut, rakannya larikan diri selepas kereta bawa muatan ketum kemalangan



LELAKI maut, manakala rakannya melarikan diri selepas kenderaan sarat muatan ketum
dinaiki dengan terbabas sebelum merempuh belakang treler, hari ini.
Kejadian jam 6 pagi di Kilometer 46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Paloh 2, di Gua Musang menyebabkan penumpang maut.
Bagaimanapun, identiti mangsa belum dikenal pasti.


Kejadian itu dipercayai berlaku ketika kereta dinaiki dua lelaki berkenaan dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu rakan mangsa hilang kawalan sebelum merempuh belakang treler.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata akibat rempuhan itu, mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah dan pemandu kereta itu melarikan diri.


“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang bergegas ke lokasi bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
“Berdasarkan maklumat, kereta dinaiki mangsa itu penuh dengan daun ketum termasuk di tempat duduk belakang dan di dalam but
“Kita masih menyiasat perkara itu dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian, 6.25 pagi.


Katanya, dua jentera bersama van Bantuan Perkhidmatan dan Kecemasan ((EMRS) dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi untuk membantu mangsa kemalangan.
“Kita mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk urusan lanjut,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments