Elaun Praktikal Kerajaan RM900 Sebulan Berkuatkuasa September Ini


Siapa yang pernah menjalani latihan industri ketika zaman belajar dulu mesti teringat elaun yang diterima mereka adalah sangat kecil. Mungkin ada daripadanya hanya mendapat RM300, malah mungkin ada yang tidak mendapat elaun langsung!
$ads={1}
Namun, mungkin berita yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini bakal menggembirakan mereka yang akan menjalani latihan industri selepas ini.

Naik daripada RM300 kepada RM900 sebulan

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter Syed Saddiq semalam, beliau berkata kadar elaun bagi mereka yang menjalani latihan industri di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM900 sebulan.
$ads={2}
Lebih menggembirakan, peningkatan kadar elaun sebanyak tiga kali ganda itu dan akan mula berkuat kuasa pada 1 September depan.
Alhamdulillah, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar elaun bagi pelatih praktikal daripada RM1.60 sejam kepada RM5 sejam, iaitu peningkatan lebih 3 kali ganda.
Sebelum ini bayaran elaun adalah sekitar RM300 sebulan, ia akan dinaikkan kepada kira-kira RM900 sebulan.

Dari RM15 sehari kepada RM45 sehari


Beliau berkata kadar elaun yang baru itu juga menunjukkan peningkatan daripada RM15 sehari kepada RM45 sehari.
Ini satu penambahbaikan yang sangat bagus. Sebelum ini daripada tiada bayaran langsung kepada RM15 sehari, dan sekarang kepada kira-kira RM45 sehari.
Katanya, usaha tersebut tidak akan berhenti di situ sahaja dan beliau serta kementeriannya akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak muda di negara ini.
Sumber: Twitter Syed Saddiq, OhBulan



Post a Comment

0 Comments