'Dari PUBG ke teman hati'


Berkenalan dari permainan video online, Player Unknown's Battleground (PUBG) sejak tahun lalu sehinggalah pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. 
Itulah yang dilalui oleh Siti Aisyah Zaid, 22, dan suaminya, Amirul Syahmi Mohd Yazid, 25, yang disatukan dalam Majlis Pernikahan Beramai-ramai anjuran Kelab Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, semalam. 

Lebih istimewa, Amirul tidak menjadikan kekurangan isterinya yang lumpuh kedua-dua belah kaki dan berkerusi roda sebagai penghalang untuk mereka bersama sepanjang hayat.
Menurut Siti Aisyah, dia terlibat dalam kemalangan di Parit Raja dua tahun lalu ketika dia menunggang motosikal sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya lumpuh.
Pada waktu itu, mereka belum berkenalan lagi walaupun masing-masing tinggal di daerah yang sama. 
Siti Aisyah bersyukur Amirul sanggup menerima keadaannya seperti itu walaupun sebelum ini dia mempunyai fizikal yang normal seperti orang lain. 
Sementara itu, Amirul menjelaskan dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan Siti Aisyah dengan bayaran RM3,500 untuk turut serta dalam Majlis Pernikahan Beramai-Ramai itu.
Bagi Amirul, majlis itu akan menjadi kenangan terindah dalam sejarah hidup dia dan isterinya. 
Apa lagi? Jom cari jodoh dalam PUBG! Gurau jer... Hahaha!


Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments