‘Dalam Kocek Hanya Ada RM20 Je’ – Demi Bahagiakan Isteri & Anak, Luahan Lelaki Ini Undang Sayu Netizen


Tidak dinafikan ujian rumah tangga sangatlah berat, ada saja masalah termasuk masalah kewangan yang perlu dihadapi setiap suami atau ayah. Namun, kebahagiaan buat isteri dan anak-anak perlu juga diutamakan.
Seperti kisah Mohd Hairie Bakri ini sangat memberi inspirasi buat semua golongan suami yang menghadapi masalah lebih kurang seperti ini. Meskipun, di dalam kocek hanya ada RM20 sahaja namun, demi kebahagiaan isteri, dia sanggup membawa isteri dan anak ‘makan angin’ di pusat membeli-belah. Memang sayu kisah ini.
$ads={1}

Kocek cuma ada RM20 je

Gila ke apa ni tengah-tengah bulan bawa anak-anak bini aku masuk bp mall. Kau tenang je lah, dari rumah lagi aku dah cakap hanya bawa jalan-jalan, bukan shopping. Anak dengan bini aku senyum je. Aku memang sengaja buat-buat lupa yang dalam kocek aku tu cuma ade RM20 je, tapi peduli apa aku, aku percaya rezeki tu Allah yang bagi, tak mustahil si miskin ni boleh jadi kaya kalau Allah izinkan.

Sebenarnya tengah tahan sebak

$ads={2}
Siapa-siapa yang kenal aku, kalau aku kaya korang pon aku buat jadi sampai kaya. Itu kalaulah, hanya berbekal Rm20 aku bawa anak isteri aku pusing 1 mall. Nampak macam gempak, sebenarnya tengah tahan sebak. Sepanjang jalan aku perhati je gerak geri bini aku, sesekali dia tenung kedai pakaian lama gila, aku dah cuak weyh, kang datang angin dia nak, mana aku nak cekau duit. Hahahaha.
Dia bukan tau duit aku punya baki. Tapi alhamdulillah lah, dia tak masuk, hanya perhati dari luar. Maafkan suami mu sayang, bukan aku tak mampu nak belikan, tapi ada pekara yang aku perlu utamakan, bila semuanya dah selesai, Inshaallah aku beri apa yang kau idamkan.

Doakan aku cepat kaya, sayang

P/s : Beli jiwa keluarga ni tak perlu modal yang besar, cukup kau beri perhatian dan masa untuk bersama. Jujur aku cakap, sebak hati ni bila tengok mata isteri nak kan sesuatu tapi tak tercapai. Doakan aku cepat kaya sayang. Kalau aku kaya, percaya ah orang-orang sekeliling aku juga akan kaya.

Post a Comment

0 Comments