Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun berdepan detik hitam apabila di cabul seorang pekerja restoran di dalam tandas restoran Seksyen 19, Shah Alam semasa makan malam bersama keluarganya. Menurut Harian Metro, suspek mengajak mangsa ke tandas untuk mencuci tangan kerana di singki premis berkenaan tiada sabun.
$ads={1}
Namun, setelah mangsa mengikut suspek ke tandas untuk membasuh tangan, mangsa telah dipaksa duduk di atas riba suspek yang ketika itu dalam keadaan bogel. Suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ajak ke tandas sebelum mencabul


Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian yang berlaku jam 9.30 malam itu bermula apabila mangsa pergi untuk membasuh tangan di sinki. Mangsa mengadu kepada ibunya setelah keluar dari tandas berkenaan.
$ads={2}
Menurut mangsa, semasa sedang basuh tangan di sinki, suspek menarik tangannya masuk ke dalam sambil mengatakan ‘masuklah’ sebelum mencabul budak itu.
Suspek keluar dari tandas berkenaan kira-kira 10 minit kemudian.

Suspek telah direman polis


Bapa mangsa kemudiannya bergegas ke restoran berkenaan setelah ibunya memberitahu tentang hal tersebut dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan takut dan menangis.
Susulan itu, suspek yang juga warga India berusia 23 tahun ditangkap dan direman sehiingga 14 Ogos ini.
Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017.
Sumber: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post