Bahagian badan yang dilarang Berbekam. BAHAYA!!


Bahagian leher adalah tempat larangan untuk berbekam terutamanya di bahagian hadapan. Ini kerana terdapat saluran darah dibahagian tersebut yang menyalurkan darah ke bahagian otak.


Dengan melakukan bekam dibahagian tersebut, anda akan menghimpit arteri itu dan menyebabkan ia tersumbat. Darah pula tidak boleh sampai ke otak dan boleh menyebabkan pengsan. Lebih parah lagi jika tidak dibuka bekam itu, ia boleh menyebabkan kematian kepada pesakit.



Selain daripada itu, saluran darah yang tersumbat itu juga boleh menyebabkan gumpalan darah terhasil di bahagian tersebut. Apabila bekam dibuka, gumpalan darah ini boleh tersekat dibahagian otak dan menyebabkan angin ahmar. 


Jadi, tiada apa kelebihan malah boleh membawa mudharat jika kita melakukan bekam dibahagian leher tersebut.


Sepatutnya para pengamal rawatan bekam perlu mengetahui tempat-tempat yang dilarang untuk melakukan bekam dibahagian badan.


Saya senaraikan beberapa bahagian badan yang dilarang untuk dilakukan bekam. Kawasan itu adalah:


📌Dikawasan badan yang mempunyai denyutan nadi seperti kawasan leher, pergelangan tangan dan beberapa kawasan lain
📌Di kawasan yang mempunyai ulser
📌Di kawasan yang mempunyai nanah 
📌Di kawasan yang lebam atau patah
📌Di kawasan yang mempunyai darah beku seperti penyakit Deep vein Thrombosis.
📌Di atas payudara wanita


Selain dari itu, terdapat juga larangan untuk melakukan bekam terhadap beberapa jenis penyakit. Pengamal bekam tidak boleh melakukan bekam kepada pesakit-pesakit ini iaitu:


📌Pesakit hemofilia(Mempunyai masalah pembekuan darah)
📌Pesakit yang mempunyai bilangan platlet yang rendah
📌Pesakit yang sedang mengambil ubat untuk mencairkan darah seperti aspirin, warfarin atau heparin


Oleh itu, pengamal bekam diminta untuk mengelakkan tempat bekam ataupun pesakit seperti diatas. Pesakit juga perlu tahu mana tempat yang boleh dibuat bekam. Kalau pengamal bekam nak buat dibahagian tersebut, sekurang-kurangnya anda boleh cakap bahawa tempat tersebut adalah tempat yang dilarang untuk dibuat bekam. 


Sumber: Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional & Komplementari: Bekam, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari & TheDiagnosa

Post a Comment

0 Comments