AirAsia Tawar Promosi Tiket Dua Hala Ke Narita, Tokyo Hanya RM446 Bermula Hari Ini


Jepun merupakan antara lokasi percutian yang menjadi kegemaran ramai orang. Bukan sahaja kaya dengan budaya dan tempat yang menarik, malah Jepun juga menyajikan pemandangan yang indah di setiap tempat.


Kini, AirAsia telah melancarkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Narita, Tokyo. Berita gembira ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail menerusi akaun Instagramnya.
Anda kini boleh ke Tokyo, Jepun menerusi Lapangan Terbang Narita atau Haneda dan pastinya kemudahan ini akan memudahkan anda untuk memilih waktu penerbangan pilihan. Perkhidmatan ini ditawarkan berikutan permintaan tinggi daripada penumpang.


Selain itu, AirAsia juga tawar promosi tambang penerbangan ke Narita, Tokyo bermula hari ini dan akan berakhir pada 25 Ogos 2019. Malah promosi ini adalah untuk perjalanan bermula 20 November 2019 hingga 28 Mac 2020.
Menurut tinjauan kami, anda bakal dapat nikmati tambang istimewa dari serendah RM446 sahaja untuk pergi dan balik. Untuk memudahkan anda membuat pembayaran dan tiada yuran pemprosesan, anda boleh membeli tiket menggunakan BigPay. Jika anda belum memiliki BigPay, anda boleh mendaftar dan menggunakan referral code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.
Anda boleh membuat tempahan ke destinasi pilihan anda di laman sesawang AirAsia atau melalui aplikasi AirAsia. Ini peluang terbaik anda untuk membeli tiket penerbangan dengan harga promosi dan melancong bersama yang tersayang.
Sumber: TheVocket

Post a Comment

0 Comments