5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

Apabila anda ingin bercuti, selain daripada destinasi, apakah yang menjadi keutamaan anda? Pasti tempat penginapan, bukan?
Ramai orang sekarang gemar untuk memilih ‘staycation’ di hotel-hotel yang memiliki dekorasi yang cantik, dan pelbagai kemudahan yang disediakan. Bercakap tentang kemudahan, ‘infinity pool’ dengan berlatar belakangkan KLCC pasti akan menarik minat anda.
Akan tetapi, jika sebut sahaja hotel yang memiliki infinity pool seperti itu, pasti anda berasa harga ia akan mahal. Berikut adalah 5 hotel yang memiliki kolam renang berlatar belakangkan KLCC tetapi harga berpatutan:

1. Regalia Residence

regalia
SUMBER: GOOGLE
Regalia Suite Kuala Lumpur yang terletak di jalan Sultan Ismail ini merupakan suite residence mewah yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Para pengunjung yang menginap di sini boleh menyaksikan keindahan bandar Kuala Lumpur.
r2
SUMBER: BOOKING.COM
Malah, anda boleh melihat bangunan ikonik bagi Malaysia iaitu KLCC. Harga bagi penginapan di Regalia Residence ini boleh dikatakan murah berbanding hotel-hotel yang lain dimana harganya bermula dari RM175 sahaja untuk satu malam.

2. Expressionz Professional Suites

Ex1
SUMBER: BOOKING.COM
Expressionz Professional Suites ini terletak di Kuala Lumpur dimana hanya 2.2 km dari Suria KLCC dan 2.4 km dari Menara Berkembar Petronas. Ia menyediakan tempat penginapan dengan WiFi percuma, taman dengan kolam renang luaran, pemandangan tasik serta akses ke kolam renang dalaman dan bilik kecergasan serta hadir dengan sauna.
183266303
SUMBER: BOOKING.COM
Menariknya, penginapan ini menyediakan bas percuma jika anda ingin berjalan-jalan ke pusat bandar. Harga penginapan di sini bermula dari RM188 sahaja untuk satu malam.

3. Somerset Hotel Suites & Residence

somerset
SUMBER: BOOKING.COM
Somerset Ampang, Kuala Lumpur terletak 150 meter dari Suria KLCC dan 1.2 km dari Menara Berkembar Petronas. Anda hanya memerlukan 15 minit jika dari stesen keretapi Kuala Lumpur.
79969941
SUMBER: BOOKING.COM
Lokasinya yang berdekatan dengan pengangkutan awam pastinya akan menjadi pilihan anda. Malah, hotel ini juga hadir dengan kolam renang infiniti dimana anda akan dihidangkan dengan pemandangan menakjubkan. Harga penginapan di sini untuk satu malam bermula dari RM285 sahaja.

4. The Face Suites

the_face_suites_pool_view
SUMBER: GOOGLE
Jika anda memiliki bajet yang lebih, anda boleh memilih untuk menginap di THE FACE Suites. Di sini, ia menawarkan anda kolam renang infiniti dan pusat kecergasan.
68706106
SUMBER: BOOKING.COM
Malah, kolam renangnya yang luas dan dihidangkan dengan pemandangan yang cantik menjadi satu tarikan di sini. Harga penginapan di sini bermula dari RM600untuk satu malam.

5. Golden Triangle Suites MONDO

aaaa
SUMBER: GOOGLE
Golden Triangle Suites MONDO ini terletak di salah satu ‘spot’ Kuala Lumpur yang paling popular. Tempat ini mempunyai dua kolam renang luaran untuk keselesaan tetamu dan salah satunya menghadiahkan anda pemandangan bandar Kuala Lumpur.
aaaaaaaaa
SUMBER: GOOGLE
Malah, lokasi hotel ini boleh dikatakan strategik kerana berada berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik. Harga penginapan di sini bermula dari RM400 sahaja untuk satu malam.
Adakah anda rasa penginapan-penginapan di atas ini menarik? Selain sesuai untuk ‘staycation’, penginapan sebegini juga pasti menjadi pilihan anda yang ingin membuat parti hari jadi atau parti bujang bersama rakan-rakan.

Post a Comment

0 Comments