26 Jemaah Haji Malaysia Terkandas Di Jeddah, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Visa Furada’

Baru-baru ini kecoh apabila 26 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz gara-gara masalah Visa Furada yang dimiliki mereka.
$ads={1}
Menerusi Twitter, Faisal Rahim menjelaskan bahawa visa yang selalu bermasalah untuk menunaikan ibadah haji ialah visa daripada Visa Furada yang datang dari kedutaan Arab Saudi. Visa ini tidak melalui Tabung Haji seperti mana yang didakwa.

Kejadian pertama selepas 12 tahun


Menerusi Sinar Harian, Mohamad Sazrul Iqram Rozlan selaku Pengarah Syarikat Hajar Sazrul Travel & Tours berkata, sejurus menerima berita jemaah terkandas, dia segera membuat laporan polis. Dia turut mengatakan permohonan visa itu diuruskan oleh pegawai Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
Ini kejadian kali pertama berlaku kepada syarikat kami yang terlibat dalam pengurusan jemaah haji sejak 12 tahun lepas. 
Kita terkejut dikatakan visa itu tidak sah kerana kita telah lama berurusan dengan pihak kedutaan. Kita merasakan kepercayaan kita kepada pihak tersebut telah dicabuli apabila kejadian ini berlaku.
$ads={2}
Walau bagaimanapun, kesemua 26 jemaah haji tersebut telah selamat tiba di KLIA setelah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz sejak Isnin lalu.

Bukan masa tunding jari


Memetik laporan Malaysia Kini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, dia amat kesal dengan apa yang berlaku kepada jemaah haji Malaysia yang disekat untuk mengerjakan haji atas masalah visa. Hal ini kerana Visa Furada bukan dalam bidang kuasa kerajaan Malaysia.
Harus diketahui kuota (haji) Malaysia adalah melalui (Lembaga) Tabung Haji, kuota khas dan tambahan semuanya melalui Tabung Haji. Pesanan saya semoga jemaah haji terkandas itu dipermudahkan urusan mereka, sampai atau balik semula.
Ini bukan masa untuk menunding jari mencari salah dalam isu mengerjakan haji dengan visa Furada, sebaliknya jalan perlu dicari untuk memperoleh penyelesaian supaya masalah dihadapi jemaah visa Furada itu tidak berulang pada masa hadapan.


Apa itu Visa Furada?


Dia menjelaskan bahawa para bakal jemaah tidak perlu tertarik dengan taktik mempromosikan Visa Raja Salman kerana ianya satu teknik pemasaran Visa Furada yang tidak melalui Tabung Haji.


Ramai yang guna visa ini


Walaupun sebelum ini ramai yang dapat menunaikan haji tanpa sebarang masalah menggunakan visa ini, namun kadang kala iainya mempunyai caj yang tersembunyi yang dikenakan oleh sesetengah ejen pelancongan.


Mereka dikira jemaah haji antarabangsa



Post a Comment

0 Comments