[VIDEO] Wanita bawa anjing ke dalam masjid cetus kemarahan



VIDEO pergaduhan seorang wanita dengan beberapa jemaah di dalam sebuah masjid tular di media sosial, semalam.
Menurut sumber, kejadian itu dipercayai berlaku di Kabupaten Bogor, Indonesia.
Berdasarkan video yang tular itu, wanita itu dimarahi jemaah masjid kerana memakai sepatu dan membawa seekor anjing di dalam rumah Allah tersebut.

VIDEO

Dia kemudiannya ditegur supaya agar membawa anjing tersebut keluar tetapi tidak diendahkan sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara mereka.
Melihat keadaan menjadi semakin tidak terkawal, seorang jemaah memanggil pihak polis bagi meredakan keadaan.
Menurut wanita yang beragama Katolik itu, dia masuk ke masjid kerana suaminya bakal berkahwin di situ.

Post a Comment

0 Comments