[VIDEO] Ubi Muda, Wira Kedah Juara Piala FA

Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam (tengah) ketika menjaringkan gol pada perlawanan akhir Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto MFL

Saingan Piala FA 2019 melabuhkan tirai sebentar tadi menyaksikan Kedah sekali lagi mencipta sejarah sebagai juara selepas menewaskan Perak dengan jaringan 1-0. 
Perlawanan yang dihadiri 83,520 penyokong itu berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam suasana yang sangat meriah dan aksi mendebarkan. 
$ads={1}
Permulaan perlawanan melihatkan pasukan Perak lebih mendominasi perlawanan dengan asakan bertali arus keatas kubu Kedah. Perak memikili beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol antaranya sepakan percuma Nazirul Naim namun sekadar mengegar palang. 
Separuh masa kedua, saingan dilihat lebih seimbang Kedah hadir dengan deretan peluang menghasilkan gol namun penjaga gol Perak, Hafizul bertindak cemerlang berjaya menafikan percubaan dari penyerang Kedah. Lewat permainan pasukan Perak dipaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Amirul Azhan dilayangkan kad kuning kedua. 
Saingan 90 minit berakhir dengan jaringan 0-0. Bersambung pada masa tambahan, Kedah membuat pertukaran pemain memasukkan pemain muda meningkat naik Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam. Pada minit ke-105 beliau menjaringkan gol sekaligus menjulang Kedah muncul juara Piala FA 2019.
$ads={2}

Post a Comment