[VIDEO] Lelaki pedo cabul kanak-kanak berjaya ditahan polis


Susulan kes seorang lelaki pedo mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah kedai serbaneka beberapa hari lalu, polis telah berjaya menahan suspek, hari ini. 


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan berusia 54 tahun dan berasal dari Indonesia itu ditahan pada jam 1.15 tengah hari di sekitar Bandar Country Homes, Rawang. 

Polis turut merampas pakaian yang digunakan suspek pada hari kejadian. 

Ketika ditahan, suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan akan ditahan dan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman serta disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


BUKTI VIDEO CCTV



Video seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun menjadi mangsa serangan seksual seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka, viral di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.19 petang Rabu lalu di Bandar Country Homes, Rawang, mangsa bersama adik dan ibunya datang ke premis itu untuk membeli barang. 

Namun ketika mangsa bersama adiknya berada di bahagian belakang, suspek datang memeluk mangsa dari belakang dan kejadian itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut. 

Suspek kemudian beredar sebelum kembali sekali lagi lalu dipercayai mencium mulut mangsa.

Mangsa yang ketakutan terus melarikan diri sebelum diikuti oleh adik perempuannya. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8 malam Jumaat lalu. 

"Suspek melakukan gangguan seksual dengan menggesel punggung mangsa. Suspek kemudian terus melarikan diri. Kami sedang berusaha mengesannya," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments