[VIDEO] Jalan Terhincut-Hincut Hantar Makanan, Kegigihan Rider Foodpanda Kurang Upaya Ini Bikin Sebak


Bukan semua orang hidup bernasib baik mempunyai kehidupan selesa dan mewah. Kalau sebelum ini, kisah rider Lazada dan Grab Food berjaya menyentuh hati ramai orang apabila dia bekerja siang dan malam demi menyara keluarganya.
Kali ini, seorang individu dikenali sebagai Baliami Conmigo berkongsi pula kisah rider Food Panda kurang upaya yang gigih bekerja demi meneruskan kehidupan. Bayangkan dengan keadaan kaki yang terhincut-hincut, namun masih tetap bekerja menghantar makanan yang dipesan orang ramai. Sebaknya!

Order foodpanda sebab malas keluar

Nak buat story sikit
Macam biasalah time weekend je, malas nak turun bawah cari makan, duduk Flat ni tingkat dia bukan kaleng2 14 tau. Terdetik dihati, ketik ketik terus sampai, apa tu? Tak foodpanda, grab food tu je lah, sebab musim sekarang ni jarang makan nasi, so tergerak hati nak order mcd, mcd area danau kota ade je, tapi close order awal sgt, so terpaksa order mcd jauh sikit mcd bhp melawati, lebih kurang 45 minit mcm tu.
Mcd tu order biase2 je ala carte, sebab nak makan dan malas nak turun kat bawah, so kena tunggu je lah. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai lah Abe foodpanda kat bawah tu tunggu lif, sebelum tu dia call dulu, nak confirmation kan, kan tersilap Block menangis tak berlagu sebab sy punya rumah Block E
Lepas tu, Abe foodpanda call kali ke 2.

Rasa sedih dan simpati

F : Bang, bang duk tingkat berapa? Sebab sekarang ni saya duk tingkat 13.
Aku : kito duk tikak (tingkat) 14 boh! Boh cari nomor rumoh 12 deh lik kiri hujung sekali (bahasa Kelantan)
F: laa ye ke? Jadi saya kena naik tangga lagi satu la ni, takpe-takpe tunggu jap bang
Aku: ehh takpe je..
Nak dijadikan cerita, sampai la Abe foodpanda tu depan pintu rumah aku, aku terkejut kot, dengan serba kedaifan nya, kekurangan anggota semata mata nak hantar punya makanan just 2 ketul ayam kot
F: sorry bang lambat sikit, masalah lif kat bawah tadi
Aku : ehh takpo bey, biaso lah tu
F: Abang tadi order mcd kan, semua rm11. 89
Aku: jap ea
Aku pergi amik duit, dan terdetik rasa sebak, pilu, terharu sedih tengok Abe tu, just aku bagi lebih kat dia (bukan riak tau, sebab rasa simpati dan niat nak bersedekah)
F : Bang lebih banyak ni
Aku : Takpe bang, rezeki abang tu, tq tau
F: sama sama

Tak malu ke kita?

So dalam story ni,
Masih ramai manusia yang susah dalam mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak dan isteri. Orang yang serba kekurangan dan kedaifan semangat nak kerja mencari rezeki, kita ni masih kuat dan gah pun malas nak kerja dan masih memilih. Tak malukah kita?
Sedih tau, jarang jumpa depan2 org macam tu, ni first time tau, sebelum ni tengok depan TV takpun media sosial, ni video ni saya rakam sendri tau, sebak tak korang? Semoga Abe foodpanda dan rider2 yg lain dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera selalu.
Sumber : Baliami Conmigo

Post a Comment

0 Comments