[VIDEO] Gara-Gara Terlalu Gugup, Pengantin Lelaki Tersasul Mas Kahwin RM200 Jadi RM2!


Sebelum melangkah ke alam rumah tangga, seorang lelaki haruslah mempersiapkan diri dengan kewangan, fizikal dan mental yang kukuh. Selain persediaan kelengkapan kahwin, lafaz akad juga harus dipraktikkan supaya tidak tersasul dan gugup.
Menerusi laporan Sinar Harian, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Haris Mahat, tersasul menyebut mas kahwin RM200 jadi RM2 semasa terima akad nikah di hadapan tok kadi kerana terlalu gugup.

RM200 jadi RM2

Video yang berdurasi 0:53 saat yang dimuat naik oleh pengantin perempuan, Nora Abd Kader itu menunjukkan suaminya tersasul ketika terima akad nikah. Menurut Nora, kejadian tersebut berlaku pada 21 Jun lalu di Surau Al Hijrah Bandar Sunggala, Port Dickson.
Aku terima nikah Nora dengan mas kahwinnya, RM2 tunai. Ada orang itu gugup punya pasal, mas kahwin RM200 terus jadi RM2.00. Penat kita gubah sireh junjung dengan mas kahwin itu bentuk bunga-bunga, dia boleh buat lawak pulak.
Saya tak tunggu. Masa itu juga marah dia, cakap eeee serius lah nak kahwin pun main-main dengan nada marah, tetapi ahli keluarga yang ada semua suruh bertenang. Alhamdulillah, kali kedua, baharulah akad nikah itu sah.
Tambahnya, keluarganya turut memahami situasi dan perasaan suaminya ketika itu. Mungkin disebabkan ibunya tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana kurang sihat, merupakan faktor suaminya itu gugup. Namun, dia bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen terhibur melihat telatah pengantin lelaki ketika akad nikah tersebut. Menurut netizen, pengantin tersebut tetap macho walaupun tengah gugup.

Post a Comment

0 Comments