[VIDEO] ‘End Credit’ Avengers: Endgame Tertiris Di Twitter


Pastinya ramai diantara anda yang sudah menonton filem epik Avengers: Endgame beberapa bulan dahulu. Filem ini pada awalnya ditayangkan tanpa end credit.


Walau bagaimanapun, Marvel Studios telah membuat kejutan buat seluruh peminat Marvel pada minggu lalu apabila Avengers: Endgame bakal kembali ke pawagam beserta end credit.
endgame-steve
SUMBER: EMPIRE
Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Kevin Feige dan ianya mungkin salah satu strategi Marvel untuk menambah kutipan tayangan Endgame bagi mengatasi filem Avatar. Walaupun filem ini berjaya membuat kutipan USD1.2 bilion pada minggu pertama ianya ditayangkan, namun disebabkan saingan dengan filem hebat yang lain termasuk John Wick 3, Endgame masih tidak dapat ‘mengalahkan’ Avatar.

Terbaru, sebuah akaun di Twitter baru-baru ini telah meniriskan end creditbagi filem ini. Cepat tonton sebelum Twitter menurunkan video ini.

Post a Comment

0 Comments